6 Barang Mencuci Rumah Yang Wajib Ada untuk Memudahkan Kerja Anda!

thumbnail

Sebelum kita menyenaraikan peralatan dan barang mencuci rumah untuk memudahkan kerja rumah anda, tahukah anda seberapa kerap anda perlu mengemas rumah?

Memang susah untuk memastikan rumah sentiasa bersih. Menguruskan kerja mengemas rumah sendirian memang memenatkan. Tetapi dengan mengklasifikasikan kekerapan kerja rumah tersebut, anda dapat meringankan tugas yang perlu dilakukan. Tak perlu lagi tunggu raya baru nak lakukan semua itu. Memang memenatkan.

Kalau anda berpandukan checklist mengemas ini, cuma ada 6 perkara tugasan utama yang perlu anda lakukan setiap hari.

Kesemua perkara ini tidak mengambil masa yang lama untuk diselesaikan. Contohnya mengemas katil. Seusai bangun dari tidur, disiplinkan diri anda untuk terus mengemas katil. Kemaskan bahagian cadar yang perlu, atur kembali selimut dan bantal dan tepuk segala debu dan habuk di atas katil. Nah, untuk semua tugasan ini mungkin hanya perlu 5-7 minit. Tak sampai 10 minit pun!

Kira-kira anda hanya perlukan 1-2 jam untuk seharian untuk aktiviti mengemas ini! Mungkin bagi keluarga besar, anda memerlukan tempoh waktu yang lebih lama. Tapi tidaklah sampai sepanjang hari.

Anda boleh gunakan checklist mengemas rumah di bawah sebagai panduan. Checklist ni membahagikan tugasan kepada 5 bahagian berdasarkan kekerapan setiap tugas tersebut. Ada yang anda perlu lakukan setiap hari, minggu, bulan malah ada juga yang 3-6 bulan sekali. Haa, tugasan yang tahunan ini mesti ramai yang terlepas pandang.

Boleh save checklist dekat bawah dan print. Nanti boleh guna apabila anda mengemas.

checklist mencuci rumah

Masih rasa tugasan mengemas rumah ini membebankan?

Mengemas rumah adalah satu aktiviti yang dapat menyihatkan tubuh badan dan mental kita. Ia sepatutnya menyeronokkan. Bukan membebankan.

Sebenarnya selain daripada guna checklist, ada satu lagi cara. Cara yang sangat bernas untuk mengurangkan rasa beban mengemas rumah anda. Pilih peralatan yang betul! Ye betul tu. Contohnya kalau anda gunakan pisau untuk potong kayu tebal daripada guna gergaji. Maka makin lambat kerja anda dan lebih meletihkan.

Begitu juga dengan mengemas.

Memilih peralatan yang betul untuk mengemas sangat penting. Penting untuk menjimat masa, memudahkan dan mengurangkan keperluan tenaga.

Di bawah adalah antara senarai barangan dan peralatan untuk membantu anda.

Baca Juga:  4 Cara Untuk Dapatkan Tidur Malam Yang Perfect

1. Oil Solidifier (Pengeras Minyak Masak)

barang mencuci rumah oil solidifier

Oil solidifier atau pengeras minyak ini adalah alternatif agar sisa buangan minyak mudah dibuang. Pernah tak tong sampah anda berminyak apabila diangkat untuk dibuang atau berbau aneh? Haa, itu mungkin disebabkan sisa minyak tersebut.

Dekat Jepun, penduduknya mengamalkan cara ini untuk memastikan tong sampah mereka pun bersih. Pembersihkan orang Jepun ni. Tong sampah pun mereka nak bersih je.

Macam mana cara nak guna?

Senang je. Cuma perlu tuangkan satu sudu serbuk ini ke dalam minyak panas. Nanti minyak itu akan mengeras. Selepas itu bolehlah ia dibuang dengan mudahnya ke dalam tong sampah.

2. Tuala Microfiber

barang mencuci rumah tuala microfiber

Tuala microfiber ini memang tuala paling ajaib untuk mengemas. Kalau untuk dapur, ia memudahkan anda mencuci kawasan yang melekit. Untuk cermin pun bagus. Cepat dan mudah je nak hilang tompok dekat cermin tu.

Paling best, bila lap pinggan mangkuk selepas cuci, tiada bulu-bulu kain melekat juga. Kualiti kain ni memang untuk mencuci dan mengemas. Jangan disamakan dengan kain buruk baju cotton kita itu.

Tuala ini murah je, dekat kedai RM2 pun ada jual untuk 2 helai. Kira Rm1 sehelai lah. Antara barang best di kedai eco RM2.

3. Cuka Putih

barang mencuci rumah cuka putih

Ramai yang tak tahu kepentingan cuka putih ini untuk mencuci rumah. Padahal rata-rata pakar mengemas rumah mencadangkan multipurpose solution ini. Umpamanya kalau tiada ini, berganda kerja mengemas nak kena buat.

Fungsi sama seperti baking soda. Ia menghakis kotoran degil agar permukaan tampak putih bersih dan berkilauan. Sesuai untuk permukaan sinki, lantai dan dinding mozek serta mangkuk tandas.

White vinegar ini juga boleh digunakan pada permukaan kaca seperti tingkap, perabot kayu malah pada permukaan fabrik. Gunakan ini utnu menghilang tompokan putih pada cermin dan tingkap.

Untuk permukaan fabrik, anda boleh isikan cuka ini ke dalam botol spray. Spray pada karpet, langsir dan perabot untuk membuang bau dan kotoran habuk dengan mudah.

4. Botol Spray

barang mencuci rumah botol spray

Mengangkut besen air ke sana ke sini sangat membebankan. Itu belum lagi kalau besen terbalik. Malah perbuatan mencelup kain lap ke dalam besen air berkali-kali sebenarnya teknik mengemas yang salah.

Baca Juga:  5 Cara Untuk Jaga Kesihatan Mental Dengan Betul

Air di dalam besen telah tercemar oleh celupan pertama kain lap yang kotor. Ibarat anda mencelup kain lap yang kotor ke dalam air yang kotor. Berganda kekotorannya. Bayangkan meja rumah anda di lap oleh kain yang berganda kotornya. Geli bukan?

Solusinya adalah dengan menggunakan botol spray air ini. Spray air atau cecair pencuci pada permukaan sebelum lap bersih dengan kain. Mudah dan lebih efisien.

5. Cleaning Toothbrush

barang mencuci rumah cleaning toothbrush

Mencuci bahagian yang sempit sangat mencabar. Bahagian ini lah yang selalu ditinggalkan kerana ia melecehkan. Antaranya celah-celah kabinet, dapur gas dan sekitar peti sejuk

barang mencuci rumah

Pilih saiz berus yang betul untuk tujuan mencuci berlainan. Berus saiz kecil seperti berus gigi ini sangat sesuai untuk celah-celah sebegitu. Pilih berus yang boleh dibengkokkan untuk mencapai celah yang dalam.

6. Degreaser

barang mencuci rumah degreaser

Kotoran berminyak sangat sulit untuk dibersihkan. Begitu juga Ia tidak mudah ditanggalkan dengan pencuci biasa. Apatah lagi kotoran degil yang telah lama dibiarkan.

Untuk kotoran sebegini, anda perlu cuci ia dengan magic degreaser. Biarkan ia sebelum bilas seketika sekiranya kotoran tersebut telah lama. Cecair pencuci seperti ini pastinya dapat menjimatkan masa kerana anda tak perlu lagi menyental berjam-jam lamanya.

Ada banyak lagi barang mencuci rumah yang boleh menjimatkan masa, menambah produktiviti dan memudahkan dalam aktiviti mengemas anda.

Anda kena rajin membelek barangan ini di bahagian “Peralatan Rumah” di pasaraya. Anda boleh juga berkongsi tips dengan rakan anda dan membaca perkongsian ramai di laman sosial. Aktivit mengemas sepatutnya menjadi satu exercise sampingan yang menyeronokkan. Kalau ianya membebankan dan membosankan, anda kena perbaharui teknik dan peralatan.

Selamat mengemas rumah!

Spread the love
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
Who enjoys learning new languages, jigsaw puzzles and watching television. She is smart and inspiring, but can also be very lazy and a bit unstable.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back To Top