8 Cara Memohon PR1MA Perumahan Rakyat 1 Malaysia Online 2020

thumbnail

Borang permohonan PR1MA kini boleh di mohon secara online, anda tidak lagi bersusah payah pergi ke kaunter atau ke mana-mana jabatan untuk memohon.

PR1MA atau Perumahan Rakyat 1 Malaysia adalah sebuah rumah yang ber-kos sederhana dan selesa untuk rakyat yang berpendapatan rendah.

Kos rumah PR1MA bermula dengan harga RM 100,000 sehingga RM 400,000. Ia ditawarkan kepada seluruh rakyat Malaysia yang berpendapatan isi rumah purata RM 2,500 hingga RM 15,000.

Berikut 8 cara mudah untuk memohon rumah PR1MA (Perumahan Rakyat 1 Malaysia).

1. Daftar di laman web PR1MA.

Perkara pertama, anda hendaklah mendaftar di laman web rasmi PR1MA :

https://register.pr1ma.my/Account/Register

Pastikan anda menepati syarat berikut sebelum mendaftar :

  • Warganegara Malaysia
  • Berumur 21 keatas
  • Bujang atau berkahwin
  • Pendapatan isi rumah (suami & isteri) antara RM 2,500 hingga RM 15,000.
  • Pertama kali membeli kediaman PR1MA, atau rumah kedua sahaja.

2. Tunggu Makluman Projek PR1MA.

Setelah proses daftar, anda hendaklah menunggu projek PR1MA yang akan dilancarkan di kawasan yang anda telah pilih. Makluman tentang projek PR1MA akan turut di iklankan di media.

3. Permohonan dibuka.

Permohonan akan dibuka sekiranya telah ada projek perumahan PR1MA yang dilancarkan di kawasan yang anda pilih.

Anda hendaklah segera memohon projek kediaman PR1MA yang telah dibuka. Proses permohonan adalah sangat penting untuk anda layak ke proses seterusnya.

4. Proses cabut undi.

Setelah proses permohonan anda diterima, pihak PR1MA akan mencabut undi secara telus untuk pemohon yang melepasi syarat dan kriteria kelayakan.

5. Pemilihan unit kediaman.

Tahniah! Jika anda lulus untuk memiliki kediaman PR1MA, anda akan dijemput untuk sesi Pemilihan Unit, anda boleh memilih mana-mana unit pilihan anda. (Bergantung kepada kekosongan).

6. Pembiayaan kediaman.

Cara pembiayaan PR1MA menggunakan skim Program Pemudah Cara Pemilikan Kediaman PR1MA.

Antara panel bank yang terlibat ialah :

  • Maybank
  • CIMB Bank
  • MBSB Bank
  • Bankrakyat
  • BSN
  • Bank Islam
  • RHB Bank
  • AmBank

Pakej termasuk pembiayaan sehingga 110% harga Perjanjian Jual Beli (SPA) kepada bakal pembeli yang layak. Tiada bayaran pendahuluan diperlukan jika pembeli berjaya mendapatkan pinjaman maksimum.

7. Perjanjian Jual Beli (SPA).

Anda hendaklah menandatangani Perjanjian Jual Beli. Perjanjian ini hendaklah ditandatangani oleh Pemaju (PR1MA) dan pembeli kediaman (Anda).

Baca Juga:  Dapatkan Diskaun RM15 Membeli di Shopee Bersama Bank Islam

8. Penyerahan kediaman PR1MA.

Kediaman PR1MA akan diserahkan kepada anda setelah pembinaan rumah siap dan Sijil Perakuan Siap dan Pematuhan (CCC) diperolehi.

Berminat memilik rumah PR1MA?

Anda boleh layari ke laman rasmi PR1MA : https://www.pr1ma.my

Pendaftaran online PR1MA : https://www.pr1ma.my/register.php?lang=bm

Selamat memohon!

SOALAN LAZIM

• Warganegara Malaysia.
• Berumur sekurang-kurangnya 21 tahun semasa permohonan dibuat.
• Individu atau keluarga (suami isteri) dengan pendapatan isi rumah purata bulanan antara RM2,500 – RM15,000.
• Pemohon atau pasangannya tidak memiliki lebih daripada satu hartanah.
• Mengikut garis panduan tambahan yang ditetapkan oleh PR1MA. 
Ya, anda boleh mendaftar selagi pendapatan purata isi rumah adalah antara RM2,500 – RM15,000. 

PR1MA tidak mengenakan sebarang yuran pendaftaran. PR1MA juga tidak melantik mana-mana ejen atau pihak ketiga dalam menawarkan perkhidmatan untuk mengisi borang atau menyediakan peruntukan khas untuk rumah PR1MA. 

Setiap pasangan perlu mendaftar sekali secara bersama. Jika anda sudah berkahwin, sertakan butiran pasangan anda dalam borang pendaftaran.
Anda boleh memohon sebagai individu buat masa sekarang. Walau bagaimanapun, untuk permohonan dan cabutan undi, anda perlu mengemas kini maklumat peribadi seperti butiran diri pasangan anda.
Sila hubungi Pusat Panggilan PR1MA di talian (+603) 7628 9898 yang beroperasi dari hari Isnin hingga Ahad (9:00 pagi – 6:00 petang). Anda juga boleh e-melkan ke info@pr1ma.my
Anda perlu menghantar:
i. Salinan kad pengenalan (KP)
ii. Slip gaji atau penyata bank terkini
Ia bergantung kepada hak milik (“pemilik”) tanah pada setiap pembangunan PR1MA.
Pembangunan PR1MA terletak di bandar-bandar utama di seluruh Malaysia. Untuk maklumat lanjut, sila layari http://www.pr1ma.my/pr1ma_homes.php.
Secara umumnya, rumah teres PR1MA berukuran dari 850 kps hingga 1,850 kps dan apartmen PR1MA berukuran dari 600 kps hingga 1,200 kps.
Kediaman PR1MA berharga dalam lingkungan RM100,000 hingga RM400,000.

Yuran ini dikenakan sebagai komitment pembelian sehingga perjanjian jual beli ditandatangani dan disetem

Yuran tempahan ini akan dikenakan semasa membuat tempahan pembelian rumah

Pihak PR1MA hanya menerima pembayaran dalam bentuk cek, deraf bank atau arahan tunai sahaja

Ya, tertakluk kepada syarat dan juga dokumen sampingan yang diperlukan

Anda perlu menulis surat dan seterusnya emel ke info@pr1ma.my

Emel hendaklah di hantar ke : Jabatan Operasi Jualan, PERBADANAN PR1MA MALAYSIA.

Untuk sebarang pertanyaan, sila emel kepada info@pr1ma.my atau hubungi Pusat Panggilan di 03-7628 9898 (Isnin hingga Jumaat; 9 pagi hingga 6 petang).

Permohonan untuk pemulangan yang telah diluluskan akan mengambil masa sehingga 3 bulan

Spread the love
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
Who enjoys learning new languages, jigsaw puzzles and watching television. She is smart and inspiring, but can also be very lazy and a bit unstable.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back To Top