5 Cara Simple Untuk Menaikkan Motivasi Anda Setiap Hari!

thumbnail

Setiap hari kita akan berasa penat dan letih dengan dunia bukan? Kita ada impian untuk dicapai, namun motivasi untuk mencapai impian kita kadang menurun dari hari ke hari.

Jangan bimbang, kali ini aku akan share 5 cara simple untuk ‘boosts’ kan motivasi korang!

1. Lakukan harini!

Anda ada plan untuk buat bisness blogging? Lakukan harini.
Ada plan untuk travel ke luar negeri? Plan sekarang!
Terfikir untuk mula berniaga di Shopee? Lakukan sekarang!

Ya, bunyi agak senang, tapi itulah hakikat untuk mencapai impian anda, apapun impian anda, anda harus lakukan harini, tiada alasan dan tiada lagi tangguh menangguh. Bak kata slogan Nike,

‘JUST DO IT’ !

2. Mulakan dengan perkara senang.

Cara untuk senang dalam berjaya mencapai impian anda adalah melakukan perkara yang kecil dan senang dahulu secara konsisten.

Sebagai contoh, jika anda hendak mulakan bisnes di Shopee, perkara yang paling senang anda boleh mulakan dengan daftar dahulu sebagai penjual di Shopee, dan perkara senang kedua adalah anda boleh mula letak produk, at least 1 produk sahaja dahulu di Shopee. Cara begini dapat memotivasikan anda untuk tidak berhenti dan menangguh lagi dalam mencapai impian anda untuk berjaya!

3. Membuang perkara yang boleh ‘distract’ anda.

Jika anda mahu mencapai impian anda dalam hidup, anda hendaklah membuang perkara yang membuang atau menyekat anda dari mencapainya. Contoh yang paling utama adalah Media Sosial, Youtube, Games dan sebagainya.

Anda hendaklah disiplin dalam mengawal nafsu dari membuang masa anda dari perkara yang sia-sia. Ayuh kawal diri!

4. Contohi orang yang berjaya.

Untuk mendapat motivasi secara harian, anda perlu tengok contoh orang yang telah berjaya di dunia, seperti Bill Gates, Elon Musk, Tim Cook, dan sebagainya.

Anda boleh tengok cara dan gaya hidup mereka, apa yang mereka buat setiap hari, apa perancangan mereka, dan sebagainya. Cara ini anda dapat contohi dan mula serap dalam gaya hidup anda sikit demi sedikit.

5. Pasang lagu yang dapat memberi motivasi.

Cara yang paling senang untuk mendapat motivasi setiap hari, hanya dengar lagu yang dapat menaikkan semangat anda.

Anda boleh tengok contoh di mana-mana Gym, biasa diorang akan pasang lagu yang rancak-rancak untuk menaikkan semangat orang yang bersenam, mereka tidak pernah pasang lagu sedih dan lagu cinta bukan?

Ya. Seperti juga anda bekerja atau belajar, elakkan dari mendengar lagu-lagu yang dapat menurunkan motivasi atau mood anda, cuba cari lagu atau musik yang dapat tenang dan positif yang dapat menaikkan semangat anda.

Contoh lagu yang saya suka untuk dengar ketika menulis adalah :
Larger Than Life – Pinkzebra.

Rasa bersemangat sekarang?

Tahniah, anda telah mendapat semangat sikit. Teruskan mencapai impian anda dan jangan lupa untuk share artikel ini dengan kawan jika ia membantu!

Spread the love
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
Who enjoys learning new languages, jigsaw puzzles and watching television. She is smart and inspiring, but can also be very lazy and a bit unstable.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back To Top