Dapatkan Diskaun RM15 Membeli di Shopee Bersama Bank Islam

thumbnail

Sempena Shopee Sale 11 November 2019 ni, Bank Islam menawarkan potongan harga tambahan dengan menggunakan promo code yang disediakan! Wahhh, dah la Shopee Sale 11.11 ni potongan harga dah kaw kaw, tambah dengan promo code ni makin sakan la nak membelinya.

Promosi ini tertakluk pada terma dan syarat.

Ikuti 3 langkah mudah ini untuk guna promo code Bank Islam apabila membeli di Shopee pada 11.11.19 ini:

1. Guna Shopee Apps untuk Checkout

Haaa, lepas dah puas window shopping dan merembat harga sale Shopee 11.11, kalian perlu guna Shopee Apps untuk checkout barang-barang yang telah ditambah pada cart sebelumnya untuk guna promo code Bank Islam ini.

Pada bahagian shopping cart ni, cuba perhatikan dekat kotak voucher dibawah ni. Klik pada kotak ini untuk isi promo code bank islam tu nanti.

2. Isi Promo Code Bank Islam

Selepas dah klik pada voucher tadi, kalian akan disuruh untuk pilih voucher yang tersedia ada atau boleh isi promo code yang lain. Haaa, dekat kotak atas tu la kalian perlu isi promo code Bank Islam ni.

Promo code Bank Islam Shopee Sale 11.11: BIS11


3. Bayar guna kad kredit Bank Islam Card-i

Untuk mendapatkan diskaun ni, kalian kena buat payment menggunakan kad kredit Bank Islam Card-i untuk barang-barang yang di beli di Shopee tadi .

Sekiranya kalian belum pernah set up maklumat kad kredit Bank Islam Card-i, boleh klik pada add new credit card.

Isi maklumat yang diperlukan seperti dibawah. Lepastu dah boleh submit.

Haaa, lepas dah set up maklumat pembayaran, bolehlah klik pada place order. Dah siappp, promo code dah applied! Sebelum place order, jangan lupa untuk check dulu harga selepas diskaun.

Senang saja kan?

Lepasni dah boleh goyang kaki tunggu barang Shopee Sale 11.11 tu sampai. Fuhh, untung besar membeli kali ini. Dah bersedia nak untung besar sempena Shopee Sale 11.11 ni? Apalagi, jom rebut Shopee Sale 11.11 ni.

Baca Juga:  8 Cara Memohon PR1MA Perumahan Rakyat 1 Malaysia Online 2020
Spread the love
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
Who enjoys learning new languages, jigsaw puzzles and watching television. She is smart and inspiring, but can also be very lazy and a bit unstable.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back To Top