3 Cara Mudah Semak Ingredients Skincare Anda

thumbnail

Pernah tak kalian tertanya adakah skincare yang kita amalkan itu selamat atau sebaliknya? Apakah ia tidak akan membahayakan kulit kita pada masa akan datang? Haaa, sebab tu pentingnya menyemak ingredients skincare ini, supaya ia tak memberi efek sampingan pada kulit kita pada masa akan datang dan tidak membahayakan kesihatan luaran dan dalaman. Setidaknya kita kenalah tahu bahan apa yang setiap hari kita gosok dekat muka kita.

Berikut adalah 3 Cara Mudah untuk Menyemak Tahap Keselamatan Skincare Anda:

1. Guna CosDna.

CosDna membantu pengguna menganalisis ingredients dalam setiap produk kosmestik dan mengkategorikan tahap keselamatan produk tersebut. Bukan tu je, malah ia memberi tahu kita fungsi bahan tersebut pada kulit kita.

Search produk yang nak disemak dan pilih salah satu produk daripada yang tersenarai.

Atau sekiranya produk tiada dalam senarai, kalian boleh copy ingredients dari website yang ada dan paste dekat kotak di bawah menu “Analyze Cosmetics“.

2. Perhatikan kotak acne, irritation dan safety.

Apa yang dimaksudkan dengan kategori ini? Tudiaa, meh baca dekat bawah ni:

Acne (comedogenic): kecenderungan bahan tersebut untuk menutup liang pori.

Kalau kulit kalian jenis yang mudah breakout, pilih skincare yang rendah

Irritation: tahap sensitif ingredients skincare pada kulit.

Safety: Kesan ingredients skincare tu pada kulit kalau digunakan dalam jangka masa yang panjang.

Selain daripada tiga kategori ni, kita juga kena tahu fungsi setiap bahan yang terdapat dalam skincare kita. Dengan cara ini, barulah kita dapat nilai sama ada produk itu betul-betul akan memberi kesan yang diingini atau sebaliknya.

3. Perhatikan tahap keselamatan berdasarkan indeks 1-10

Seeloknya pilih produk yang mempunyai rating yang rendah kerana ia lebih selamat untuk digunakan pada jangka masa yang lama. Rating yang selamat dilabel dengan warna hijau manakala sekiranya produk tersebut berbahaya untuk kulit anda, ia dilabel dengan warna merah. 

 

Haaa, senangkan nak semak ingredients skincare kita. Hanya dengan menggunakan website CosDNA ni, kita cuma perlu search produk tu dan semak produk tu berdasarkan apa yang dipaparkan.

Baca Juga:  7 Tips Memilih Pakaian di Musim Dingin Untuk Tampil Bergaya Dan Selesa

Lepasni boleh la kita semak dulu ingredients skincare tu sebelum beli kan.

 

Spread the love
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
Who enjoys learning new languages, jigsaw puzzles and watching television. She is smart and inspiring, but can also be very lazy and a bit unstable.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back To Top