4 Cara Untuk Dapatkan Tidur Malam Yang Perfect

thumbnail

Tahukah anda, kalau tidak cukup tidur, hidup anda akan menjadi ‘sendu’ dan ‘hambar’. Tidur yang cukup adalah keperluan asas untuk kehidupan yang sihat. Kurang tidur boleh menyebabkan anda letih dan juga kurang ‘function’ di pagi hari.

Mari kita baiki balik cara tidur kita, untuk mendapatkan kehidupan yang lebih baik dan sihat!

1. Tidur pada waktu yang sama.

Setiap hari anda perlu disiplin untuk tidur pada waktu yang sama dan juga bangun pada yang waktu sama.

Sebagai contoh jika anda tidur pada pukul 10:00 malam dan bangun pukul 5:30 pagi. Anda hendaklah konsisten dengan waktu dan jadual tidur begini untuk setiap hari.

Cuba praktiskan dalam beberapa hari, lama kelamaan anda akan mula terbiasa dengan jadual tidur baru anda. Semoga berjaya!

2. Elakkan tidur lewat pada hujung minggu.

Ramai yang memberi alasan,

‘alah hujung minggu..cuti kot, boleh lah nak tidur lewat-lewat sikit’

Salah.

Anda telah merosakkan jadual tidur anda. Jadual tidur yang rosak mengambil masa seminggu untuk anda pulih balik ke waktu tidur yang optimum.

Pada hari minggu pun anda hendaklah berdisiplin tidur mengikut jadual tidur yang anda telah tetapkan untuk mendapatkan tidur yang cukup di malam hari.

3. Tidur selama 7 Jam.

Cuba praktiskan untuk tidur mencukupi jam. Purata orang dewasa memerlukan 7-9 jam waktu tidur setiap malam. Kekurangan jam tidur anda boleh menyebabkan anda tidak ‘function’ untuk keesokan harinya.

Malah masalah tidak cukup tidur juga boleh memberi kesan kepada mental health anda.

4. Tidur di tempat yang betul-betul gelap.

Pastikan bilik tidur anda betul-betul gelap dari sebarang cahaya yang terang. Elakkan dari penggunaan phone sebelum tidur, seeloknya letak phone anda di luar dari bilik tidur untuk tidak menganggu tidur anda.

Bersemangat untuk cuba malam ini?

Jom kita amalkan gaya hidup sihat dengan mendapatkan tidur yang cukup!

Jika pelbagai tips yang anda telah guna namun tidak menampakkan hasil. Boleh cuba dengan hidu bau yang tenang sebelum tidur, antara bau yang boleh membantu anda untuk tidur dengan lebih cepat dan lama ialah Lavender Oil.

Baca Juga:  5 Cara Untuk Jaga Kesihatan Mental Dengan Betul

Anda boleh dapatkan Lavender Oil disini.

Spread the love
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
Who enjoys learning new languages, jigsaw puzzles and watching television. She is smart and inspiring, but can also be very lazy and a bit unstable.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back To Top