5 Cara Untuk Jaga Kesihatan Mental Dengan Betul

thumbnail

Kebelakangan ini jumlah orang yang mengalami stress dan kemurungan semakin meningkat. Kebanyakan yang mengalami stress adalah remaja yang sedang meningkat ke usia dewasa. Di usia begini ramai yang memikirkan hala tuju hidup masing-masing, memikirkan tentang karier, kahwin, dan juga hubungan keluarga.

Pernahkah anda mengalami stress dan kemurungan yang berpanjangan?

Jangan biarkan hidup anda di selubungi dengan stress lagi.

Ayuh amalkan hidup sihat dan ceria mulai sekarang! Berikut adalah 5 cara untuk jaga kesihatan mental.

1. Jaga badan anda dengan baik.

Tahukah anda bahawa badan dan minda anda berhubung antara satu sama lain, saya ambil contoh yang paling senang adalah jika tubuh anda demam, minda dan otak anda juga akan terkesan, fikiran dan perasaan anda mungkin tidak seceria seperti mana masa anda sihat bukan?

Jelas disini kita dapat buat rumusan, untuk dapatkan hidup lebih tenang dan ceria, kita perlu jaga tubuh badan kita dengan baik. Orang yang menjaga tubuh badan dengan baik dan bebas dari penyakit biasanya akan selalu ceria dan sihat orangnya. Berbeza dengan orang yang selalu sakit, anda boleh tengok sendiri bagaimana mood dan perasaan orang yang tengah sakit. Mereka nampak selalu sedih bukan?

Oleh itu, salah satu cara untuk menjaga badan adalah dengan bersenam. Badan yang selalu aktif dan sihat akan lebih terhindar dari kemurungan dan stress.

Mulai harini, cuba ambil masa paling kurang tidak 10 minit sahaja untuk melakukan apa-apa senaman yang dapat mengeluarkan peluh anda.

2. Tengok apa yang anda makan.

Pernah dengar tak ada pepatah orang Barat berbunyi,

You are what you eat.

Maksudnya lebih kurang begini, apa yang anda makan, itulah yang akan membentuk diri anda.

Jika anda ingin sihat, formulanya sangat mudah, hanya makan makanan yang dapat membantu tubuh badan anda berfungsi dengan lebih baik dan juga tidak memudaratkan.

Banyakkan mengambil sayur-sayuran, buah-buahan dan juga mengamalkan minum air mineral secukupnya.

Makan makanan yang sihat, minda pun sihat.

Baca Juga:  4 Cara Untuk Dapatkan Tidur Malam Yang Perfect

3. Kelilingi dengan kawan yang positif.

Cara yang paling efektif untuk kurangkan stress dan rasa murung berpanjangan adalah anda perlu bersosial dengan kawan-kawan yang positif.

Elakkan dari duduk seorang diri di dalam bilik, rumah untuk jangka masa yang lama. Cari kawan lama anda, ajak borak, ajak minum, ajak bersukan.

Menyendiri untuk jangka masa yang lama tidak baik untuk kesihatan mental. Paksakan diri untuk keluar dari kepompong, galakkan bersosial dengan orang-orang yang positif.

4. Mulakan projek yang membantu masa depan anda.

Anda berminat menulis? Buat sekarang. Tidak perlu fikir dan tangguh lagi, tulis lah apa yang anda minat dan suka.

Berminat untuk berniaga? Tulis plan anda dan lakukan dari langkah yang kecil secara konsisten. Ambil contoh anda berminat untuk berniaga di Shopee, mulakan dengan langkah kecil dahulu, ambil kertas dan tulis ‘action plan’ yang anda perlu buat seperti :

  • Mencari produk untuk dijual
  • Mendaftar sebagai penjual di Shopee
  • Mula memasukkan produk di Shopee
  • Promosi produk/kedai Shopee anda di Facebook Group
  • Promosi lagi di mana-mana forum/blogs/group Whatsapp.
  • Anda akan mula dapat hasil.
  • Lakukan secara konsisten.

Dengan cara begini, minda anda akan fokus kepada karrier/minat anda. Ia terpulang apa jua impian atau projek yang anda mahu lakukan, anda hanya perlu tulis ‘action plan’ yang betul dan lakukan setiap hari dan jangan berputus asa.

5. Kurangkan penggunaan media sosial.

Kerap membuka media sosial seperti Facebook, Instagram atau Twitter boleh menyebabkan anda lagi stress. Mana tidaknya, di Facebook anda akan tengok kawan-kawan lama anda semua sudah berkahwin, ada anak tiga, ada cucu dan sebagainya. Dan anda akan secara tidak langsung akan merasa diri seorang yang ‘fail’ , ‘slow’ atau ‘loser’.

Jangan.

Kurangkan membuka ‘feeds’, ‘stories’ kawan-kawan anda. Biarkan mereka dengan hidup mereka. Anda ada hidup dan jalan cerita hidup anda sendiri. Kenapa perlu bandingkan dengan mereka?

Anda perlu ingat, anda seorang yang mampu capai apa-apa impian yang anda inginkan, anda perlu berusaha dengan lebih keras dan juga yakin dalam apa jua impian yang anda inginkan.

Baca Juga:  6 Barang Mencuci Rumah Yang Wajib Ada untuk Memudahkan Kerja Anda!

Untuk jaga ‘mental health’ anda, selalu yakin pada diri sendiri dan elakkan membuat perbandingan dengan orang lain. Anda adalah unik, anda dilahirkan dengan tujuan dan impian yang tersendiri. Hanya anda yang mampu mencapainya!

Kesimpulan

Kesihatan mental adalah sangat penting untuk semua orang. Anda perlu setiap hari menjaga fikiran anda dengan baik, kurangkan memikirkan masa yang lalu, kurangkan memikirkan tentang perkara yang belum terjadi.

Hidup untuk selalu ceria dan positif, anda harus berada di masa sekarang.

Semoga berjaya!

Spread the love
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
25-year-old television actor who enjoys social media, love his keyboard to write posts and camping. He is loveable and energetic, but can also be very lazy and a bit boring.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back To Top