5 Laptop Terbaik Bawah RM2000 Untuk Student 2020

thumbnail

Nak sambung belajar tapi takde laptop?

Pening nak pilih laptop di kedai?

Jangan risau, saya akan list-kan 5 laptop terbaik untuk student, saya akan pilih laptop yang paling sesuai untuk diguna berdasarkan kelajuan laptop, storan besar dan juga ringan untuk dibawa.

1. Acer Swift 3 SF314-41-R0CS/R2YE (14″)

Dengan harga bawah RM2000, laptop ini mempunyai ciri-ciri yang moden dan paling baik untuk student kerana beratnya hanya 1.5kg sahaja. Laptop ini juga mempunyai features imbasan cap jari, malah hayat bateri laptop ini mampu bertahan sehingga 6-8 jam.

  • AMD Ryzen 5 3500U Processor
  • 4GB DDR4 RAM
  • 256GB PCIe NVMe SSD
  • Graphic AMD Radeon™ Vega 8
  • 14″ IPS Full HD
  • 48Wh Li-ion battery
  • Berat 1.5 Kg

2. Lenovo Ideapad L340-15API (15.6″)

Didatangkan dengan saiz skrin 15.6 inci , laptop ini sesuai untuk students yang mencari laptop bajet dengan spesifikasi yang terbaik. Dengan harga dalam lingkungan RM 1,400 anda boleh dapatkan laptop ini disini dengan ciri-ciri :

  • AMD R3-3200U Processor
  • 4GB RAM
  • 1TB 5400R HDD
  • Graphic AMD Radeon Vega 3
  • 15.6″ HD TN
  • 3 Cell 36Wh Battery
  • Berat 2.2 Kg

3. HP 14S-DK0107AU (14″)

Mencari laptop yang seksi? Laptop menawan ini mampu mencairkan para students yang baru melangkah ke alam universiti dengan warna natural silvernya yang menarik. Laptop HP 14S ini boleh didapati dengan harga lingkungan RM1700. Ciri – ciri laptop adalah seperti :

  • AMD Ryzen™ 5 3500U Processor
  • 4GB DDR4-2400 Ram
  • 256GB SSD
  • AMD Radeon™ Vega 8 Graphics
  • 14″ diagonal FHD SVA BrightView micro-edge WLED-backlit
  • 3 Cell 45Wh Battery
  • Berat 1.511kg

4. ASUS VivoBook X505Z-ABR497T (15.6″)

Asus VivoBook X505Z menawarkan skrin laptop yang paling cun setakat ini dengan ratio 81% dari skrin ke body laptop. Sesuai untuk students yang berminat dengan graphic design, architect, videography dan sebagainya. Harga bermula dari RM1400 dengan ciri-ciri :

  • AMD Dual Core R3-2200U Processor
  • 4GB DDR4 RAM
  • SATA 1TB 5400RPM 2.5′ HDD
  • AMD Radeon™ Vega 3 Graphics
  • 15.6′ HD 1366×768 16:9//Anti-Glare
  • 3-cell Li-ion 42WHrs Battery
  • Berat 1.6kg

5. ASUS VivoBook Flip TP412F-AEC153T

Dengan kelebihan boleh lipat sana sini, Asus VivoBook Flip TP412F memang sesuai untuk students aliran melukis. Didatangkan juga fungsi fingerprint memudahkan fungsi buka laptop, boleh dapatkan dengan harga bawah RM2000 termasuk ciri-ciri :

  • Intel® Core™ i3-8145U Processor
  • 4 GB DDR4 RAM
  • PCIEG3x2 NVME 256GB M.2 SSD
  • Intel UHD Graphics 620
  • 14.0″ (16:9) LED-backlit FHD (1920×1080) 60Hz Glare Touchscreen
  • 3 -Cell 42 Wh Polymer Battery
  • Berat 1.5kg

Masih pening memilih?

Jangan risau, anda boleh relaks dan tenangkan fikiran dahulu. Ambil buku dan kalkulator, dan buatlah bajet betul2 supaya kelak tidak menyesal. Kesemua laptop yang saya senaraikan di atas memang sesuai untuk buat belajar dan kerja assignment dan sebagainya.

Baca Juga:  Dapatkan Diskaun RM15 Membeli di Shopee Bersama Bank Islam

Jika masih buntu dan mahu mencari model yang lain. Anda boleh usha di sini dan pilih laptop yang sesuai dengan bajet anda.

Selamat belajar dan semoga berjaya dunia akhirat!

Spread the love
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
25-year-old television actor who enjoys social media, love his keyboard to write posts and camping. He is loveable and energetic, but can also be very lazy and a bit boring.

2 thoughts on “5 Laptop Terbaik Bawah RM2000 Untuk Student 2020

    1. Boleh, tapi untuk game yang berat dan latest, saya tak recommend sangat tuan, untuk gaming saya suggest ambil laptop nombor 1. 🙂

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back To Top