3 Pulau Menarik Di Malaysia Yang Anda Patut Pergi Sekarang!

thumbnail

Penat bekerja? Stress dengan kehidupan bandar?

Relaks.

Apa kata, kita tenangkan fikiran yang tengah berserabut di pulau-pulau yang menarik di Malaysia.

Berikut adalah 5 pulau yang saya rasa paling terbaik untuk dilawati.

1. Pulau Redang – Terengganu

Pulau ini terkenal dengan airnya yang biru menawan, pulau yang cantik dan bersih. Menjadi pilihan utama pelancong dari seluruh dunia, malah pulau ini juga paling terbesar di pantai timur.

Jika anda bernasib baik, anda berpeluang untuk melihat penyu bertelur, kerana Pulau Redang adalah salah satu tapak pemuliharaan penyu negeri Terengganu.

Pelbagai aktiviti menarik yang anda boleh lakukan di Pulau Redang, antaranya ialah :

  • Jungle Trekking
  • Scuba Diving
  • Swimming
  • Snorkeling
  • Island Hopping

Dan banyak lagi, untuk ke Pulau Redang, anda perlu menaiki bot dari jeti Pasar Payang, Terengganu.

2. Pulau Sipadan – Sabah

Pulau Sipadan terkenal sebagai lokasi skuba yang kelima terbaik di dunia. Pulau cantik ini memiliki panorama dasar laut yang terbaik, disini anda dihidangkan dengan pelbagai jenis terumbu karang yang berwarna-warni, pelbagai jenis ikan yang berbagai spesis.

Untuk menjaga kebersihan dan kecantikan pulau ini, pihak penguatkuasa telah menetapkan pelbagai syarat yang ketat untuk pelancong. Antaranya ialah, hanya 120 penyelam sahaja dibenarkan menyelam pulau ini dalam masa sehari, malah pelancong perlu beredar dari pulau ini sebelum pukul 6 petang lagi.

Antara lokasi yang menarik untuk menyelam di Pulau Sipadan adalah Coral Garden, Drop Off, Barracuda Point dan Turtle Cavern.

3. Pulau Tioman – Pahang

Anda tak perlu pergi jauh untuk melancong ke pulau luar negara kerana Pulau Tioman merupakan pulau yang di iktiraf paling cantik di dunia.

Pelbagai aktivi menarik yang anda boleh lakukan di pulau ini, antaranya ialah mendaki gunung, menyelam skuba, melewati air terjun, dan banyak lagi.

Antara tempat yang menarik patut anda lawati di Pulau Tioman adalah :

  • Panuba Bay
  • Salang
  • Tekek Village
  • Minang Cove
  • Asah Waterfall
  • Bagus Place Retreat
  • Juara Turtle Project
  • Golden City
  • Air Batang

Bersedia untuk bercuti?

Jangan tunggu masa yang sesuai dan wang yang banyak untuk bercuti, ayuh terus plan percutian anda ke pulau-pulau yang menarik sementara anda masih muda!

Spread the love
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
Who enjoys learning new languages, jigsaw puzzles and watching television. She is smart and inspiring, but can also be very lazy and a bit unstable.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back To Top