6 Tips dan Cara Yang Betul Menggunakan Sunscreen

thumbnail

Betul ke sunscreen hanya perlu digunakan sebelum keluar rumah? Seberapa banyak sebetulnya yang perlu kita apply sunscreen pada muka dan badan kita? Betul ke kita tak perlu pakai sunscreen kalau cuaca mendung pada hari itu?

Sunscreen atau krim perlindungan cahaya matahari adalah salah satu skincare routine yang sangat penting kerana ia bukan sahaja melindungi kulit kita daripada sunburn, malah mencegah individu terbabit daripada terkena penyakit kanser kulit. Pada hari ini telah ramai yang mengetahui kepentingan sunscreen untuk melindungi kulit tapi masih kurang yang tahu cara menggunakan sunscreen dengan betul. Kali ini saya ingin kongsikan tips dan cara menggunakan sunscreen yang betul sekaligus menjawab persoalan yang seringkali timbul berkaitan dengan sunscreen ini.

1. Reapply Sunscreen Setiap 2 Jam

Berdasarkan saranan oleh The American Academy of Dermatology (AAD), iaitu perbadanan yang menyediakan maklumat berkaitan sunscreen dan sun safety, kita perlu mengulang pakai sunscreen setiap 2 jam atau sekiranya kita berpeluh teruk dan berenang, penting juga untuk terus mengulang pakai sunscreen itu. Sehingga ke hari ini, belum ada sunscreen yang terbukti boleh bertahan begitu lama sehingga 24-jam tanpa perlu diulang pakai. Oleh itu, meskipun sunscreen yang kita beli menyatakan ia mampu bertahan seharian atau water-resistant, adalah lebih baik untuk kita mengulang pakai ia kerana bahan kimia (avobenzone/ zinc oxide) yang terdapat dalam sunscreen bertujuan untuk melindungi kulit akan mulai kurang efektif setelah beberapa jam dan setelah terkena air.

Nah, inilah sebabnya kulit kita tetap sunburn meskipun kita telah menggunakan sunscreen sebelum melangkah keluar dari rumah. Apa kata mulai hari ini anda cuba reapply sunscreen setiap 2 jam dan perhatikan perubahan tona kulit anda setelah itu!

2. Kuantiti 1 Sudu Kecil Sunscreen Untuk Muka, Leher dan Telinga.

Berdasarkan kajian, kebanyakan individu menggunakan sunscreen hanya sebanyak 25-50 peratus daripada yang disarankan. Adakah anda tergolong dalam golongan ini?

Kuantiti yang disarankan ialah sekurangnya satu sudu kecil penuh sunscreen untuk muka, leher, telinga sekiranya anda tidak berjemur di pantai. Untuk setiap satu lengan, tambahan satu sudu kecil penuh diperlukan. AAD menyarankan 1 auns iaitu bersamaan dengan 1 shot Espresso untuk seluruh badan.

Baca Juga:  10 Drugstore Sunscreen untuk Kulit Berminyak Terbaik untuk Melindungi Kulit Anda!

Bibir juga berisiko untuk terkena penyakit kanser kulit. Oleh itu, pentingnya penggunaan lip balm atau lipstick yang mengandungi SPF 30 ke atas.

3. Pakai Sunscreen Pada Siang Hari Walaupun Berada di Rumah

Kenapa kita masih perlu menggunakan sunscreen walaupun berada di rumah? Bukankah rumah kita sudah cukup untuk menghalang sinar radiasi tersebut? Aha! Langsir dan tingkap rumah kita tidak dapat menghalang radiasi cahaya matahari 100 peratus. Maka kita masih memerlukan sunscreen untuk melindungi baki radiasi yang menembusi ke dalam rumah kita. Ia juga akan memudahkan kita sekiranya kita perlu melangkah keluar sekejap untuk menyidai pakaian atau menyiram pokok bunga, betulkan?

Sinar UV yang boleh menyebabkan sunburn digelar UVB (ultraviolet B-rays) dan ianya paling aktif bermula pukul 10 pagi sehingga 4 petang. Meskipun UVB kurang aktif setelah dari waktu itu, sinar UVA (ultraviolet A-rays) masih aktif yang boleh menyebabkan kulit kita mudah berkedut, berusia dan terdedah pada risiko kanser kulit. Oleh itu, kita disarankan untuk memakai sunscreen sepanjang masa pada siang hari, sehingga matahari terbenam menyembunyikan sinar terinya.

4. Guna Sunscreen Pada Cuaca Mendung

Ramai yang menyangka kita hanya memerlukan penggunaan sunscreen apabila sinar mentari terlihat pada mata kasar kita. Disebabkan sangkaan sebegitu, kebanyakan individu mengambil enteng penggunaan sunscreen pada hari cuaca mendung. Sebetulnya penggunaan sunscreen sama pentingnya pada siang hari meskipun terik mentari tidak dirasai. Hal ini kerana, sinar UV tetap aktif dan mampu merosakkan kulit kita meskipun sewaktu cuaca yang demikian. 80 peratus sinar UV dapat menembusi awan lantas berisiko mendedahkan kulit kita pada penyakit kanser kulit.

5. Pilih Sunscreen dengan SPF yang bersesuaian.

Sebelum membeli sunscreen, ada beberapa perkara yang perlu kita ambil kira. Pertama, pastikan sunscreen itu dapat melindungi kulit kita dari sinar UVA dan UVB. Kedua, pilih SPF 30 atau yang lebih tinggi untuk aktiviti luar rumah. Ketiga, seeloknya sunscreen yang dipilih itu tahan air (water-resistant).

Baca Juga:  7 Tips Memilih Pakaian di Musim Dingin Untuk Tampil Bergaya Dan Selesa

6. Pakai topi walaupun menggunakan sunscreen

Selain sunscreen, pakai topi yang lebar hujungnya dan baju pelindung matahari pada cuaca panas untuk perlindungan dua kali ganda pada muka dan badan kita. Meskipun kita telah memakai dengan serapinya krim perlindung cahaya matahari berSPF tinggi, ia masih tidak dapat memberi perlindungan 100 peratus dari sinar UV. Halang risiko direct sunlight dengan topi yang berwarna gelap.

Hanya dengan penggunaan sunscreen yang betul kita dapat mencegah risiko daripada terkena penyakit kanser kulit. Sudah tiba masa kita semak semula cara tabiat penggunaan sunscreen kita sebelum ini dan perbetulkannya sebelum terlambat. Langkah pertama adalah dengan menukar sunscreen yang sedia ada dengan sunscreen dengan SPF yang bersesuaian dan berciri utama seperti yang dinyatakan.

Spread the love
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
Who enjoys learning new languages, jigsaw puzzles and watching television. She is smart and inspiring, but can also be very lazy and a bit unstable.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back To Top