7 Tips Memilih Pakaian di Musim Dingin Untuk Tampil Bergaya Dan Selesa

thumbnail

Musim tengkujuh kembali menjengah lagi. Langit mendung, hujan mencurah-curah tanpa henti. Dengan cuaca begini, pasti ramai yang lebih memilih untuk tinggal di dalam rumah. Berkelubung di dalam selimut tebal. Asyik menonton ulangan animasi Frozen. Hangat menikmati milo panas dan burger daging special Ramly. Lebih baik begitu daripada keluar, nanti basah melencun kan. Ha, rupanya ada tips memilih pakaian di musim dingin! Tips untuk kekal hangat ketika berada di luar. Tips untuk enjoy walaupun ketika di luar pada musim hujan.

Setelah berkali-kali ootd saya serba tak kena setiap kali keluar rumah pada musim dingin ini, saya nekad untuk melakukan kajian dan carian tips dalam memilih pakaian di musim dingin untuk wanita agar tetap tampil bergaya dan selesa sepanjang hari. Jom saya kongsikan dengan kalian tips ini.

1. Pakai baju 2-3 lapis

Kebiasaannya kalau ikutkan cuaca di Malaysia, saya akan elakkan memilih pakaian yang berlapis-lapis sebab nanti mudah berpeluh dan kurang selesa. Tapi untuk musim sejuk ini, pakaian yang banyak lapis inilah yang akan sentiasa menghangatkan badan.

cardigan_merah_sweater
Pic courtesy: Pinterest

Ini adalah contoh lapisan pakaian yang senang dan mudah digayakan:

  1. Base layer : Kebiasanya plain shirt yang berfungsi sebagai inner.
  2. Main layer : Yang ini boleh jadi dress, blouse atau knitwear.
  3. Outer layer : Sebaiknya pilih yang kalis air atau yang ada pelindung kepala.

2. Pakai knitwear atau sweatshirt tebal

Selalunya kalau saya nak cepat bersiap, saya akan pilih one-layer styling je. Tapi make sure pakaian tu tebal. Contohnya sweatshirt atau knitwear yang bersesuaian. Hati-hati, dekat Malaysia ni tak boleh lah nak pakai yang terlalu tebal pulak. Nanti kalau naik bas atau ditakdirkan bersesak dalam lrt, basah berpeluh pula kan.

Pilih yang loose thin knitwear supaya kalau terkena hujan takdelah melekat dekat badan. Nak yang lagi menghangatkan, pilih turtleneck knitwear untuk lindungi leher dari bayu angin kesejukan.

3. Pilih dress senteng

Pada musim hujan ni, kalau masih nak pakai dress, saya akan pilih dress yang panjangnya tidak melebihi buku lali. Lagi baik kalau pakai dress paras betis dan dipadankan dengan seluar panjang. Siapa yang suka kalau hujung dressnya meleret terkena air terus basah dan kotor kan. Kita sendiri tidak tahu apa yang disapu kita nanti.

Baca Juga:  3 Cara Mudah Semak Ingredients Skincare Anda
Pic courtesy: Pinterest

Tips untuk pilih dress masa musim dingin ni, pilih lah dress kain cotton atau wool sebab ia lebih hangat. Selain itu pilih yang bercorak atau warna gelap supaya kalau terkena hujan takdelah obvious sangat nampak basah melecun.

4. Outer layer kalis air

Outer layer selain untuk bergaya ia juga berfungsi untuk memberi kehangatan dan perlindungan tambahan pada badan. Pada musim hujan ini, sebaiknya pilih outer layer yang kalis air dan ada pelindung kepala.

tips memilih pakaian di musim dingin untuk tampil bergaya dan selesa

Selalunya saya suka browse raincoat yang bergaya dekat Uniqlo. Selain tahan lasak, cutting dan warnanya juga menarik. Uniqlo lebih sesuai untuk gaya mereka yang berumur 20-an ke awal 30-an. Gayanya chic dan trendy lebih sesuai untuk casual look.

Selain raincoat, outer layer yang kalis air antara lain adalah jaket kulit. Saya akan cuba elakkan pilih denim jaket. Paling tidak saya akan memilih bomber jaket. Alasannya denim jaket ini susah sikit nak kering kalau dah basah dan mudah diserap air. Risau pula kalau berbau sekiranya jaket denim yang dipakai itu basah lencun.

Tips memilih pakaian di musim dingin (Accessories)

5. Neck scarf

Saya suka berfesyen acah macam dalam drama korea gittew. Nak merasa ke Korea tu entah bila kan. Meskipun cuaca dingin dekat Malaysia ni takdelah sesejuk macam dekat negara 4 musim di luar sana tapi tak salah untuk kita berfesyen sesuai dengan keselesaan kita.

Elakkan menggunakan winter scarf kerana ia terlalu tebal dan kurang selesa untuk cuaca di Malaysia. Pilih scarf yang kainnya lebih ringan dan nipis tapi masih mampu menghangatkan leher kita pada waktu hujan.

Antara fungsi lain neck scarf ini adalah boleh digunakan untuk melindungi kepala kita di waktu hujan. Maka kenalah pilih yang saiznya lebar sesuai untuk menutupi kepala. Kalau guna bandana scarf memang tak lepas nak buat perlindungan kepala ni.

6. Stokin yang tebal

Kaki kita pun perlukan perlindungan dan rasa kehangatan itu. Stokin perlu tebal dan sebolehnya panjangnya sehingga paras betis. Perlu diingatkan, makin tebal stokin yang dipilih, kemungkinan tak muat nak dipadankan dengan kasut yang saiznya ngam-ngam je. Haa, sebabtu kalau nak beli boots, beli yang boleh muat bila pakai stokin tebal. Pakai boots lagi selesa kalau dipadankan dengan stokin tebal. Untuk perlindungan tambahan daripada mudah melecet.

Baca Juga:  6 Tips dan Cara Yang Betul Menggunakan Sunscreen

Satu lagi tips apabila memilih stokin untuk musim dingin adalah pilih yang berfabrik benang bulu biri-biri. Stokin berbulu halus (fine wool) lebih selesa daripada yang berbulu kasar (coarse wool).

7. Kasut yang tinggi dan kalis air

Siapa suka kalau kasut kotor kan. Benda yang paling saya tak suka apabila stokin saya terkena air disebabkan kasut saya tak cukup tinggi untuk elak lopak air dan kasut sandal yang tidak bertutup membuatkan stokin saya mudah basah.

Antara jenis kasut yang sesuai digayakan pada musim hujan ialah:

  1. Boots: Ankle booties memang nampak cool untuk digayakan pada musim hujan. Dah lah dapat melindungi kaki daripada basah, malah tak perlu lagi risau bila perlu lintas lopak air.
  2. Sneakers kalis air: Haa, biasanya sneakers yang diperbuat daripada EVA atau Goretex. Sneakers yang berkulit binatang pun boleh digayakan cuma risau pula cepat rosak nanti.
  3. Sandal getah: Tak semestinya yang tertutup je boleh pakai masa hujan. Sandal yang semestinya kegemaran mereka yang nak mudah juga boleh digunakan. Beli yang diperbuat daripada getah supaya ia tahan lasak.
  4. Jelly flats: Kalau masih nak gayakan flats yang bertumit rendah ini, boleh je. Pilih jelly flats sebab ia kalis air dan tidak mudah kotor. Malah ianya stylish juga dan boleh cuba pakai ke ofis. Mungkin tiada siapa pun dapat bezakan formal flats dengan jelly flats ini!
kasut jelly flats kalis air
pink ribbon jelly flats

Tebal, kalis air dan bergaya

Musim hujan ini anda boleh je pakai apa yang disukai. Yang penting pakaian itu dapat memberi keselesaan dan kehangatan. Meskipun tumpuan utama adalah pada keselesaan, ciri bergaya juga dapat membantu meningkatkan mood dan keyakinan kita pada musim dingin ini. Apabila keyakinan kita bertambah, maka lagi seronok kita nak keluar rumah dan lebih enjoy!

Spread the love
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
Who enjoys learning new languages, jigsaw puzzles and watching television. She is smart and inspiring, but can also be very lazy and a bit unstable.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back To Top